Assalamualaikum, topik kali ini hanya untuk membuatkan korang berfikir sekejap.Terdapat ramai blogger yang berjaya di Malaysia,ada blog yang bersifat peribadi dan umum, dan apa yang saya mahu fokuskan adalah blog umum. Banyak sebenarnya blog-blog yang memaparkan isu-isu semasa dan lebih menarik isu kontrovesi. Blog-blog seumpama ini selalunya mempu menjadi satu tempat untuk menjana pendapatan bagi si blogger. Bagus kiranya kandungan-kandungan tersebut mampu memberi manfaat, tetapi jika kandungan tersebut hanyalah berkisarkan isu lucah dan artis? Itu belum lagi jika kisah artis itu tidak benar dan jadi fitnah. Blog-blog seumpama ini mampu menjana traffik yang tinggi dan membolehkkan mereka meletakkan ruangan iklan atau 'ads', menjana wang melalui blog sememanganya menjadi matlamat kebanyakan blogger. Namun, lebih baik meneliti dari mana sumber wang tersebut, ya, memang benar hasil dari si blogger itu sendiri bertungkus lumus menaikkan traffik, tapi caranya?.
Menjadi blogger tidak salah, tapi biarlah kandungan yang cukup bermanfaat. Hasil dapatan wang dari traffik yang tinggi, tahniah, tapi hasilnya daripada kandungan yang tidak berfaedah?. Pernah kamu lihat seorang penjual video cetak rompak?, dia ada usaha, tapi bagaimana dengan pendapatannya? Itu secara nyata, namun alam maya seumpama ini mampu menutup semuanya.Tidak bermaksud mahu kondamn sesiapa, cuma mahu membawa kamu semua berfikir.. Wallahua'lam,
Sunday, November 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment