Sunday, December 22, 2013

Defregmentasi Pendidikan Di Malaysia



      Defregmentasi pendidikan atau bahasa lebih mudah saya skopkan lebih kepada pecah dan perintah bagi konteks pendidikan di peringkat sekolah menengah. Perkara yang saya maksudkan lebih kepada perpecahan pelajar so called pelajar Sains dan Sastera. Isu ini mungkin nampak mudah, namun berapa ramai pelajar yang terkandas dek kerana ramai antara mereka dimana sistem pendidikan kita tidak mampu menerima dan menampung kepandaian mereka. Penglabelan Sains dan Sastera ini secara tidak langsung mengkelaskan mereka dalam darjat mereka sendiri. Contoh mudah, apabila dilabelkan sahaja pelajar Sains, apa yang tergambar adalah pelajar bijak dan rajin, namun golongan Sastera pula dilabelkan sebagai pelajar yang malas dan kurang dalam akademik. This is so lame !. Perkara inilah yang merosakkan perkembangan pelajar yang mencucuk sejak sekian lama tanpa ada pihak yang mengambil serius tentang isu ini.

     Murid-murid dipecahkan dalam aliran mereka sendiri dengan memandang rendah keupayaan mereka untuk meneroka ilmu dengan lebih jauh. Jika anda sedar, kita selalu sahaja terbaca banyak artikel-artikel orang yang berjaya, "oh..dulu die ni belajar xde lah cerdik, tapi sekarang dah mampu ada bisness sendiri..", sebenarnya penyataan ini sangatlah salah, mereka genius, namun sistem pendidikan kita tidak mengiktiraf kategori kepandaian mereka. Akademik kita semata-mata mengejar keputusan dalam peperiksaan dan sebenarnya terlalu ramai cerdik pandai kita adalah golongan yang bijak dan rajin menghafal. Kebanyakan pelajar ini hanya mampu mengaplikasikan nilai pembelajaran lebih kepada pengetahuan dan pemahaman, namun bagi konteks analisis dan sistesis fakta kebanyakannya gagal. Oleh sebab itu, kita hanya akan melihat kebolehan pelajar-pelajar Sastera ini dalam dunia Universiti, daya survival mereka sangat tinggi sehingga disinilah peringkat dimana mereka akan pergi lebih jauh dari bekas-bekas genius sekolah.

     Konsep pengasingan seperti ini menyebabkan Sains menjadi terlalu eksklusif dan Sastera hanya akan dihuni oleh pelajar yang tidak mempunyai arah tujuan. Implikasinya, lapisan masyarakat dalam satu komuniti sekolah akan wujud. 'Budak' Sains yang mungkin tidak dapat menilai secara seni dan estetik kerana tidak diberi peluang untuk belajar secara Sastera, manakala masyarakat Sastera akan kekal wujud sebagai masyarakat kelas bawahan kerana kurang terlibat dengan persaingan dunia yang menekankan aspek teknologi yang wujud dalam dunia Sains. Melihat pula perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan dimana pemansuhan PMR diadakan, saya menantikan apakah pula pemecahan pendidikan yang bakal berlaku.



Pendidikan Di Finland

     Tidak salah rasanya jika kita melihat ke negara lain untuk menceduk sedikit info memandangkan kita sendiri sangat suka membanding-bandingkan sesuatu. Sistem pendidikan di Finland adalah paling teratas dalam ranking dunia. Secara keseluruhannya, perkara yang Finland lakukan adalah membelakangi sistem dunia yang sedia ada. Jika kita disini, anak-anak sudah mula disekolahkan seawal tiga tahun, mengenal huruf dan sebagainya. Sedangkan di Finland, mereka hanya akan disekolahkan pada umur 7 tahun.
Ever since Finland, a nation of about 5.5 million that does not start formal education until age 7 and scorns homework and testing until well into the teenage years, scored at the top of a well-respected international test in 2001 in math, science and reading, it has been an object of fascination among American educators and policy makers.(Rujukan:NY Times)
     Kita dapat lihat, sistem kita mengajar untuk pelajar menghafal seawal itu. Sebab itu jugalah analisis dan sistesis fakta tidak berlaku kerana anak-anak kita hanya mengenal A untuk Apple dan B untuk Bola. Langsung tidak berlaku pengolahan dan penambahan ilmu. Selain itu, sekali lagi kita mengajar untuk menghafal melalui peperiksaan. Berapai ramai yang benar-benar faham dan menguasai setiap silibus yang diajar?. Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan adalah pelajar yang rajin, rajin menghafal dan tahniah kepada mereka kerana mampu mengingati setiap bait-bait dalam buku teks. Peperiksaan kita secara tidak langsung menghapuskan daya analytical thinking dalam setiap pelajar dan sekali lagi, percambahan ilmu tidak berlaku. Hakikatnya di Finland, pada peringkat sekolah rendah, kerja rumah jarang diberikan dan juga peperiksaan juga hampir tiada kerana mereka hanya akan melalui kesemua itu pada peringkat sekolah menengah.

     Berbalik kepada isu pemansuhan PMR, kita juga sebenarnya menuju kearah sistem peperiksaan di Finland. Di Finland, pelajar-pelajar hanya akan mengenal peperiksaan yang besar pada umur 16 tahun:

"There are no mandated standardized tests in Finland, apart from one exam at the end of students’ senior year in high school. There are no rankings, no comparisons or competition between students, schools or regions. Finland’s schools are publicly funded. The people in the government agencies running them, from national officials to local authorities, are educators, not business people, military leaders or career politicians. Every school has the same national goals and draws from the same pool of university-trained educators. The result is that a Finnish child has a good shot at getting the same quality education no matter whether he or she lives in a rural village or a university town. The differences between weakest and strongest students are the smallest in the world.." (Rujukan: Smithsonianmag.com).
     Jika kita disini, akan mula mengimplementasi kaedah ini pada tahun hadapan yang mana, pelajar hanya akan mengenal SPM, iaitu peperiksaan yang telah di standardize. Seperkara lagi yang menarik perhatian saya tentang pendidikan di Finland adalah tiada perpecahan lapisan pelajar yang berlaku dimana pelajar bijak atau tidak, tidak dipisahkan malah diletakkan bersama-sama dalam sebuah kelas. Perkara yang tidak akan mungkin terjadi disini.

   Walaubagaimana pun, penulisan ini hanya menyentuh beberapa aspek sahaja yang berlaku pada saya tidak ramai yang yang mengambil kisah tentang isu ini. Namun lebih gemar mempersoalkan hasil yang berlaku setelah sekian lama kita dibina dengan sistem seumpama ini. 

Wallahua'lam..

Oleh:
Izudin Hasan

Rujukan penuh tentang pendidikan di Finland disini

0 comments: