Wednesday, December 26, 2012

5#:'Kami ISMP menuntut untuk posting' ! Patutkah?



       Assalamualaikum, pada entry kali ini mungkin akan menyinggung perasaan segelintir individu terlibat, tapi diharapnya akan terus membaca posting ini ke hujung penulisan. Pertama skali, sebelum terus masuk ke topik, ingin saya jelaskan saya juga berada dalam 'kasut' yang sama dan lontaran pendapat saya adalah dari apa yang saya sendiri lihat dan perhati, mengambil kursus pendidikan disebuah universiti pendidikan membuat saya terfikir, kenapa perlu sampai tuntut penempatan disekolah-sekolah sedangkan kita berada didunia persaingan?.

     Sebelum itu, kita menyusur sekejap tentang penubuhan institut perguruan yang wujud suatu ketika dahulu sehingga sekarang iaitu bermula dari:


  
"1. 1878 – The Malay High School, Singapura.
2. 1922 – Sultan Idris Training College, Tanjung Malim – melatih guru-guru Sekolah Melayu. Kini, maktab perguruan ini telah bertukar kepada Universiti Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali dengan singkatan UPSI. Sekolah ni memang lama.

3. 1935 – Women Teachers’ Training College, Melaka : maktab ini telah melatih guru-guru perempuan terutamanya dalam bidang Sains Rumah Tangga. Kini, maktab perguruan ini telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Ini untuk perempuan sahaja
4. 1951 – Malayan Teachers’ Training College, Kirkby, Liverpool, England : Kerajaan Malaysia (Malaya) telah mengambil alih sebuah pusat latihan guru British untuk melatih guru Tanah Melayu di England dengan hasrat untuk melahirkan tenaga pengajar tempatan yang mantap dari segi latihan guru dan fasih berbahasa Inggeris. Maktab ini telah ditutup pada tahun 1962 apabila kerajaan Britain mengambil semula tapak maktab ini kini ia merupakan kawasan perumahan dan pusat komersial. Maktab ini telah melatih 1500 guru antara 1952 hingga 1962. Salah satu peristiwa bersejarah yang berlaku di tempat ini adalah peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Malaya oleh Y.A.M Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

5. 1955 – Malaysian Teacher Training College (MTT), Brinsford Lodge,Wolverhampton, England : Bekas sebuah kilang di Britain ini pernah menjadi sebuah kolej latihan untuk guru Malaysia pada 1955 hingga 1964. Pusat latihan perguruan ini telah melatih 300 guru dalam pelbagai matapelajaran." -Sumber KPM-


           Harus diingatkan Maktab dengan Institusi pendidikan yang menawarkan ijazah pendidikan adalah berbeza, walaupun ada perkhabaran mengatakan maktab juga akan membuka ijazah pendidikan, dengan benarnya perkhabaran tersebut, maka akan hebatlah persaingannya nanti. Berada dalam dunia perguruan sememangnya mencabar terutamanya dari segi jaminan pekerjaan. Apalah yang ditakuti oleh kami selain jaminan kerja, selepas telah membuat keputusan mengenetepikan kursus-kursus terbuka dan mengambil perguruan, namun jaminan bagi kami yang mengambil ijazah perguruan ini adalah tiada jaminan kerja, Apakah?. Saya masih ingat ketika menganjurkan satu lawatan ke sebuah syarikat pengeluar komputer terkemuka, ketika diajukan soalan tentang kelayakan pelajar yang memegang ijazah pendidikan walaupun ijazah tersebut dalam bidang komputeran, namun title 'pendidikan' itu sudah tidak layak. Bukanlah salah mereka menganggap taraf pemegang ijazah pendidikan seumpama ini, tapi olahan silibus dalam ijazah pendidikan ini masih belum dapat menandingi pelajar yang mengambil bidang yang sama tapi lebih kepada industri. Kemana kami mahu pergi jika tidak jaminan penempatan ke sekolah-sekolah?.


          Namun, harus diingatkan, dunia perguruan sekarang tidak sama kisahnya seperti awal penubuhan mereka. Malah, bagi orang-orang tua, mereka masih menganggap individu yang mengambil pendidikan adalah seorang yang pandai dan hebat. Bagi saya sendiri yang berada dalam bidang ini dan cuba untuk memerhati secara menyeluruh, apa saya dapat lihat institusi perguruan sekarang sudah berubah bermula dariIPTA awam yang sudah mula membuka kursus-kursus perguruan dan tidak lagi terhad kepada UPSI sahaja pada awalnya. Inilah yang membuka ruang-ruang persaingan, malah bagi Malaysia yang sebuah negara membangun juga mempunyai dolak daliknya terhadap institusi perguruan, kerana institusi ini tidak lagi menjadi satu 'kursus' yang utama kerana, kelayakan yang rendah sekalipun masih boleh diterima sebagai guru kerana memenuhi sebuah keperluan negara membangun dan sasarannya semua belia berada di universiti.

       Berbeza di negara-negara maju, seperti US, bidang perguruannya cukup 'high profile', sama seperti individu yang mengambil engineering mahupun perubatan. Namun di Malaysia, bidang perguruan sudah pun menjadi satu bidang persaingan dan tidak lagi terjamin (berbeza dengan Maktab yang dijamin kerana dibawah KPM). Berada dalam bidang perguruan, sedikit sebanyak membuka mata, ada sesetengah pelajarnya mungkin pada mata sesiapa pun, adakah ini bakal guru?. Bagaimana untuk terus menuntut akan kepastian penempatan andai rata-rata pelajarnya hanya memberi komitmen pada perguruan yang 50/50?.
Satu hal lagi yang menjadi point adalah adanya GSTT atau Guru Sandaran Tidak Terlatih, tidak boleh menyalahkan mereka, tetapi harus sedar, walaupun adanya mereka itu tidak bermakna mereka tidak layak untuk berada dibidang perguruan, kerana ini juga adalah persaingan!.

    Sekali lagi ditegaskan, menuntut agar penempatan dijamin itu tidak salah, namun bagaimana untuk menjamin sedangkan kita sendiri tidak berusaha menyaingi orang lain?. Tuntutan ini akan menjadi releven seandainya bidang perguruan mampu menjadi satu bidang yang disanjung seperti dahulu dan bagi saya:

  1. Naikkan kelayakan seorang guru bagi matrikulasi mahupun STPM
  2. Ujian Medsi dan Temuduga tidak memadai
  3. Mengambil pelajar yang betul-betul mahukan bidang perguruan
  4. Pastikan pelajar-pelajar yang mengambil bidang perguruan benar-benar aktif di kampus
          Tidak salah sekiranya mahu menuntut, tapi haruslah sedar, dunia pendidikan sudah menjadi satu persaingan, siapa diatas, dia lebih layak, namun masih tidak mengetepikan soal rezeki masing-masing dan rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Akhir kata, diharapnya bidang perguruan mampu menjulang namanya kembali seperti suatu ketika dahulu.

Wallahua'lam
oleh: Izudin Hasan





0 comments: