Friday, November 16, 2012

2#: Jadilah Novelis berwibawa


 
Apabila bercakap tentang novel, apa yang terbayang adalah kisah-kisah cinta, cinta apa? cinta yang penuh dengan konflik. Saya yakin, setiap orang juga mungkin pernah terfikir, tidak adakah novel-novel yang mampu mencambah minda?, Kenapa tidak bazirkan saja air mata dengan membaca buku-buku agama yang jelas benar dan tidak seperti cerita rekaan dalam novel?, walaupun mungkin ada yang bertegas, "Ade jugak cerita tu kisah benar!", tapi mengaku ajelah, benar macam mana pun kisah tu, mesti ada tokok tambahnya. Baiklah, point saya disini bukan mahu kondemn para novelis, tetapi terdapat satu perkara dalam kebanyakan novel sekarang, iaitu novelis Islamik, Islamik itu bagus namun apabila bersulamkan cinta, perlulah berhati-hati agar tidak terbawa-bawa dengan Cinta abad 21 ini. Apa yang saya maksudkan ialah adanya unsur keintiman, bukanlah secara tidak halal, tapi sebagai suami isteri didalam novel. So, apa yang tidak bolehnya?. Cuba baca sedikit cerpen dibawah, menarik atau tidak terpulanglah..




“Sah!” Aku masih ingat kata-kata saksi pada pernikahan aku 4 bulan lepas. Apabila diimbau satu persatu, Ya Allah, aku nak melaluinya sekali lagi, bersyukur dikurniakan seorang isteri yang cukup memahami aku.Muhd Raziq bin Husin dan Nurul Izzah binti Abdullah telah sah sebagai suami isteri, begitulah keperibadiannya sepadan dengan namanya, mulia, pujian ikhlas dari aku sebagai seorang suami. Dia nakal, hampir ‘brutal’ dengan aku, tapi masih menghormati aku sebagai suaminya. Putih.. gebu.., yang pasti dia maintain sampai sekarang, macam mana aku tak lekat kat rumah je hari-hari. Ofis habis pukul 5, kalau boleh pukul 4 aku nak pecut balik rumah! Rindu bini lah katakan. Orang kata, kalau dah kahwin ni, nanti nampak la taring masing-masing, mungkin ya, tapi dalam kes aku, sebelum kahwin bukan setakat taring dan nampak, tapi gigi gusi semua dah, tapi kami masih dengan niat kami, berkahwin, bina sesuatu yang lebih berkat.
Pap!, “Hah mengelamun ye bang? Bagai nak tembus album kahwin kita awk tenung”.
“Amboih Zah, Waalaikumussalam !, yer lah sayang..dah gambar kahwin kita kan..”. Aku hanya membalas dengan senyuman sinis.
                “Err, Assalamualaikum abang !?”. Izzah hanya tersipu-sipu. Dia tahu kesilapannya pada aku.
“Haa..macam tu lah sayang abang.., Zah mana menghilang dari tadi?”. Aku hanya tersenyum, tangan aku terus menggapai bahu isteriku erat. Berada di balkoni, tingkat dua sebuah banglow hasil titik peluh kami berdua. Angin petang menghembus masuk terus ke rumahnya, dinikmati sepenuhnya oleh kami.

“Zah kat dapur tadi, masak untuk makan malam ni”. Tutur bahasa Izzah dengan aku cukup lembut, dia masih tahu adab dengan suami walaupun kadang-kadang dia lebih suka menyakat aku.
                “Apa yang special malam ni yang?”
“Masak asam pedas kesukaan saya la of kos!”
                “Kenapa awak pulak?
“Dah saya masak, suka hati saya la..”
                “Okay fine….”
“Tapi saya tersilap masak ayam halia kesukaan awk tu..” Mata Izzah terus melangit.
                “Ishk budak ni, malam ni aku kerjakan baru tau..”
“Tak mau..tak mau..,dah jom masuk, 6.40 dah..”. Bingkas kaki Izzah melangkah masuk ke rumah kemerahan menahan malu.

Aku bersyukur dijodohkan dengannya, walaupun aku tahu sifatnya macam mana, namun aku tidak pernah penyesal. Apa yang diinginkan dari seorang lelaki seperti aku bukanlah rupa paras, tapi adabnya dengan seorang suami. Di awal perkenalan kami, aku tahu, dia seorang yang boleh dipercayai. Sepanjang itulah apa yang kami pertaruhkan antara kami berdua adalah kepercayaan. Sehingga hari ini, masjid yang terbina.

                “Oi pakcik, tak nak masuk rumah ke?”. Laung Izzah dari dapur rumah kami di tingkat bawah. Lantang, sesuai dengan keperibadiannya.
                “Kejap la makcik!”


Di meja makan

                “Yang, abang dah wangi dah..”.
“Dah awak mandi, memanglah wangi..”. Sinis Izzah.
“Hampeh betul isteri aku ni..meh sini..!”. Ditariknya badan kecil Izzah terus ke dakapan Raziq.
“Eiii, abang lepas lah…!”. Izzah meronta-ronta mahu melepaskan diri dari pelukan Raziq.
                “Nak transfer bau wangi abang ni je..jangan marah..hehe, dah jom makan”. Mata suaminya mencari-cari dimana lauk kegemarannya.. “Yang mana ayam aba..”.
                “Makan lah sorang..” Isterinya mencelah.
“Honey, I’m your husband, this is my veto power, sit down and eat dengan abang..” Sambil wajah Raziq merapati wajah isteri comelnya itu..
                “Tak payah nak cakap omputih sangatlah dengan saya lah bang..”. Muncung mulut Izzah.
“Hahaha..okay2..dah, kita makan, tak baek depan rezeki ni.., Bismillah..”. Bagaimana merajuknya Izzah, dia mudah dipujuk. Itulah isteri kesayangan Raziq selama ini.

                “Zah, macam mana ‘orang’ dalam perut tu..?” sambil menggosok-gosok perut si Izzah.
“Haih, baru sebulan je bang, tak kedepan lagi perut saya ni haa..!”
                “Alolo..comel je isteri abang ni..hehe”. Sambil Raziq membelai dan mengusap-usap wajah Izzah.
“Tapi bang risau lah Zah..”
                “Kenapa bang?”
“Abang baca paper harini, tengok pasal masalah anak-anak muda sekarang ni, terpesong jauh dengan Islam, lelaki dengan perangai entah ape-ape, hebat sangat ke boleh hisap dadah?, yang perempuan pulak pakaian serba tak cukup..abang risau anak kita nanti terikut-ikut dengan budaya sekarang..”

                “Entahlah bang, harapnye anak kita nanti takde lah yang ikut benda macam tu..”
“Em..nasib baik abang kawin ngan Zah, nanti Zah jage anak kita elok-elok ek? Jadi ummi gred A tau…”
                “Eh, saya sorang je ke yang jage?, ini projek usahasama, sama-sama jage lah nanti..!”..
Saya amat pasti kamu semua pernah melihat banyak adegan didalam movie secara sengaja atau tidak, itulah bayangan seks secara nyata, namun apa bezanya dalam sebuah novel yang mengadun ayat sehingga terbayang perbagai perkara dalam benak hati mati masing-masing?. Secara tidak langsung ia menggambarkan sifat si penulis, dalam pada masa yang sama, mencemarkan pemikiran si pembaca dengan adunan Islamik, saya faham objektif yang cuba disampaikan oleh penulis novel Islamik ini, akan tetapi jangan sehingga hilang kewibawaan sebagai penulis dan menggunakan adegan-adegan seumpama ini seolah-olah ianya wajib bagi penulisan novel cinta Islamik.Ramai juga novelis mengkahwinkan watak-watak didalam novel agar setiap tingkah lakunya menjadi halal

Cerpen diatas adalah nurkilan saya sendiri, niaatnya mahu menyambung penulisan begini.., tapi jika difikirkan semula, saya tidak mahu pembaca hanyut dengan fantasi seumpama ini..wallahua'lam..

3 comments:

Anonymous said...

gaya pnulisan romantik ni mcm Hilal Asyraf...^^

Abang Din said...

huhu..otak same kot..:p, tp mmg admire care penulisan beliau..:)

Miss Syuhada said...

Alhamdulillah...bahasa yg indah...waiting for da next chpter!..:)