Sunday, November 18, 2012

3# : Wang dan Ads di Blog

Assalamualaikum, topik kali ini hanya untuk membuatkan korang berfikir sekejap.Terdapat ramai blogger yang berjaya di Malaysia,ada blog yang bersifat peribadi dan umum, dan apa yang saya mahu fokuskan adalah blog umum. Banyak sebenarnya blog-blog yang memaparkan isu-isu semasa dan lebih menarik isu kontrovesi. Blog-blog seumpama ini selalunya mempu menjadi satu tempat untuk menjana pendapatan bagi si blogger. Bagus kiranya kandungan-kandungan tersebut mampu memberi manfaat, tetapi jika kandungan tersebut hanyalah berkisarkan isu lucah dan artis? Itu belum lagi jika kisah artis itu tidak benar dan jadi fitnah. Blog-blog seumpama ini mampu menjana traffik yang tinggi dan membolehkkan mereka meletakkan ruangan iklan atau 'ads', menjana wang melalui blog sememanganya menjadi matlamat kebanyakan blogger. Namun, lebih baik meneliti dari mana sumber wang tersebut, ya, memang benar hasil dari si blogger itu sendiri bertungkus lumus menaikkan traffik, tapi caranya?.

Friday, November 16, 2012

2#: Jadilah Novelis berwibawa


 
Apabila bercakap tentang novel, apa yang terbayang adalah kisah-kisah cinta, cinta apa? cinta yang penuh dengan konflik. Saya yakin, setiap orang juga mungkin pernah terfikir, tidak adakah novel-novel yang mampu mencambah minda?, Kenapa tidak bazirkan saja air mata dengan membaca buku-buku agama yang jelas benar dan tidak seperti cerita rekaan dalam novel?, walaupun mungkin ada yang bertegas, "Ade jugak cerita tu kisah benar!", tapi mengaku ajelah, benar macam mana pun kisah tu, mesti ada tokok tambahnya. Baiklah, point saya disini bukan mahu kondemn para novelis, tetapi terdapat satu perkara dalam kebanyakan novel sekarang, iaitu novelis Islamik, Islamik itu bagus namun apabila bersulamkan cinta, perlulah berhati-hati agar tidak terbawa-bawa dengan Cinta abad 21 ini. Apa yang saya maksudkan ialah adanya unsur keintiman, bukanlah secara tidak halal, tapi sebagai suami isteri didalam novel. So, apa yang tidak bolehnya?. Cuba baca sedikit cerpen dibawah, menarik atau tidak terpulanglah..

1#: Umat Islam kebelakang..



Kita tidak berbicara tentang tentang aspek sosial semata-mata, akan tetapi keadaan pentadbiran semasa yang memecahbelahkan umat Islam keseluruhan, saya tidak bercakap diatas pentas negara Malaysia semata-mata, tapi secara keseluruhan. Apa yang membimbangkan adalah Islam menjadi 'modal' utama sebagai 'bahan penarik', langsung tidak salah dan amatlah dituntut kepada sesiapa yang mampu membawanya. Namun, menjadi masalah adalah bagaimana mereka ini mengolah pelaksanaannya?, adakah menunggu untuk menang pilihanraya ataupun bersama-sama dengan pihak lawan membinanya bersama.

Perang individu antara ahli politik juga amat pelik di Malaysia, (tidak pasti di luar negara mcm mn), mereka ini lebih suka menyerang personaliti masing-masing berbanding menggembeleng idea meningkatkan ekonomi, tidak cukup dengan itu, buat fitnah sebar, akhirnya 'terkantoi' tidak bersalah. Berbeza dengan situasi politik di negara Barat, mereka lebih menyerang akan kekurangan dalam kemahiran mentadbir, mereka lebih mempersoal tentang ekonomi mereka dan sebagainya. Pendapat saya pula, tidak salah untuk mempersoal tentang personaliti, selari dengan satu petikan dari Surah Al-Kahfi ayat 28;     
“Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran”.
Personaliti ini merujuk kepada  mereka yang tidak terdiri daripada orang-orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta tidak bertindak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah. Sebaliknya mereka hendaklah terdiri dari orang-orang yang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh. Saya tidak akan mengolah panjang kerana itu bukanlah kelayakan saya, tapi Itulah personaliti yang harus dicari, pemimpin membawa moral seperti ini akan mempengaruhi setiap atur kerja mereka lakukan. Namun adakah kalian mampu melihat perkara seumpama ini?, ya dan tidak semua.

Tidak salah untuk bebeza pendapat, namun jika melibatkan kesucian Islam itu sendiri dimana tanggungjawab dan amanah setiap pemimpin yang mengaku sebagai Islam. Tidak perlu terus besar kepala menegakkan pendapat sendiri sedangkan pilihan untuk bertolak ansur itu masih ada..


wallahua'lam...