Tuesday, January 15, 2013

7# : Bakal suamiku 'anak emak'?




                 Assalamualaikum dan selamat sejahtera, minggu final sudah habis, dan telahpun berada dirumah..hurr~, baik..ada satu topik yang bermain dikepala saya dalam 7 jam perjalanan pulang ke negeri saya, lebih senang untuk letakkan tajuk seperti diatas dan ini mungkin hanya akan terjadi pada perspektif seorang wanita sahaja, sebabnya?, kalau wanita tersebut 'anak emak', normal la kan?. Bagaimana pula jika seorang lelaki yang terlalu rapat dengan ibunya?. Secara keseluruhannya, saya bahagikan kepada dua kategori, 1) yang betul-betul hardcore anak emak, 2) anak emak mengikut syariat. Mungkin pada sesetengah wanita, agak menjengkelkan kalau dapat bakal suami yang anak emak...kan?.



             ( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].


 1) Hardcore anak emak !
      Saya harap, tidaklah keterlaluan jika saya memetik tajuk seumpama itu,.:), bagi individu seumpama ini selalunya melibatkan anak yang selalu mendapat perhatian ibu sejak dari kecil lebih dari adik beradik yang lain. Anak bongsu adalah lebih mudah mendapat perhatian dari ibu bapa lebih, kalau apa-apa pun dia, segala perhatian lebih bertumpu kepada dia, malahan adik beradik atas dia pun memberi tumpuan kepada dia. Apa lebih menarik, jika ada 'anak bongsu' yang baca entri ini, dia tak akan mengaku punyelah!, gurau je.. sebenarnya semua ni bergantung kepada environment inividu tersebut, andaikan ibu bapanya memberi bentuk perhatian sama seperti adik beradik yang lain, terutamanya seperti yang sulung, anak bongsu tu akan lebih matang. Lagi penyebab adanya anak emak ni, bapanya jarang2 ada di rumah,ada masalah nak tanya pendapat .Itu sebab semua tanya emak.Dah bapa asyik outstation cari rezeki. Maklah sebagai emak,maklah sebagai bapa. Memiliki bapa yang garang,bukan pengasih,kurang cakap.Anak rasa selamat bercakap dengan emak yang penuh dengan lemah lembut.

      Ciri-ciri:

       1) Nak sama macam mak juga!
 Nak semua sama macam mak, cara masa, cara kemas rumah, cara lipat baju malah perihal kerumah  tangaaan nak sama macam mak lah. Dan part paling sakit bagi kaum isteri apabila suami seperti ini mula membanding-bandingkan mereka dengan ibunya.

       2) Tak matang
Sikap suka menyalahkan orang lain dalam semua perkara, kalau dah rapat...manja dengan mak, dan selalu harapkan mak. Bila ada masalah, tidak reti selesaikan sendiri, kalau boleh salahkan orang lain, nak salahkan orang lain..sikit-sikit..mak..mak..mak~

     3) Manja dan kuat mengadu
Semua perkara pon nak mengadu kalau tak puas hati, lebih-lebih bagi yang dah kawin..kesian si isteri..ye dok??

      4) Tidak boleh berdikari
Yang ni,..sendiri mahu fikir, life anda macam mn? banyak bergantung kepada diri sendiri atau..semua suruh mak buat..


2) Anak emak mengikut syariat
Rasanya semua dah dapat tangkap huraiaian saya, lebih mudah untuk gambarkan:
"Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu" Nabi Muhammad S.A.W 
Tidak semua lelaki yang betul-betul anak emak, ada yang rapat dengan mak sebab lebih menurut syariat Islam agar memuliakan ibu dan bapanya. Sebenarnya lebih beruntung jika si isteri mendapat suami seperti ini, kerana, jika seseorang suami mampu memuliakan ibunya, sudah pasti dia mampu memuliakan isterinya. Kebanyakan wanita, lebih annoyed dengan lelaki seumpama ini, namun, haruslah bijak mendefinisikan semula 'anak emak' ini dari perspektif Islam itu sendiri. Bagi lelaki yang benar-benar pada landasan Islam ini, jarang sekali akan berkelakuan seperti mana kategori 'hardcore' tadi kena persekitaran yang mendidik mereka. Mereka rapat dengan ibunya, tapi mereka lebih matang dan lebih bijak mengurus diri.

"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi saw menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”
 #Cuba teka saya part mana??

wallahua'lam.
olahan: Izudin Hassan
Rujukan: Ustazah Siti Nor Bahyah,
              Nameeroslan