Thursday, January 17, 2013

9# : Aurat isteriku cuma berharga RM 2599 !





                 Assalamualaikum, topik kali adalah tentang wedding photography, setiap point adalah pendapat dari saya sendiri dan anda bebas berhujah dengan fakta anda. *cewah, mcm nk buat essei*, Kebelakangan ini, memang ramai photographer yang lahir disebabkan DSLR yang semakin murah, rasanya kalau dilukis keluk penawaran dan permintaan, rasanya sudah tepat hipotesis saya tu. Tapi, ada sahaja photographer amatur dan yang memang professional. Amatur:

           "You are not photographer, you just have an over price camera"


             Berbalik kepada topik asal , 'Wedding Photography' dan apa hukumnnya bagi orang Islam itu sendiri. Mengambil gambar itu boleh, tapi apabila melibatkan aurat seseorang itu, hukum hakam perlu diambil kira. Lagi pula, bagaimana dengan hasil dari dapatan begitu?. Apa kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi?
Assalamualaikum..
Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.
1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.
2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).
3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan:  Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.
4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa) Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.


 

        Senario seumpama ini dapat dilihat dengan jelas, dengan title lebih menarik, 'pre-wedding shoot' dan sebagainya. Ramai  pasangan pengantin ini suka menggunakan alasan , "berkahwin hanya sekali", macamlah masuk neraka tu berkali-kali. Saya sendiri pon tidak faham, kenapa perlu bakal suami isteri ini perlu menunjukkan keintiman masing-masing dalam ber'posing' gambar, di taman, pantai dan tempat umum yang lain, dan lebih menarik, pose gambar diatas katil dengan pelbagai ragam, tidak takutkah gambar-gambar tersebut nanti menjadi tontonan umum? bahkan lagi menaikkan syahwat si pelihatnya. Jurugambar-jurugambar ini sudah pasti menjadikan gambar anda sebagai portfolio mereka,... dimana?. Internet adalah saluran paling pantas terutamanya Facebook dan untuk makluman, tidak mungkin untuk 'disable' fungsi COPY dalam komputer anda.Saya simplified dalam sebuah dialog;

         photog: Encik, kami ada pakej photografi pengantin.. khas sempena hujung tahun ni, maklumlah,,ramai nk kawin mase ni,

lelaki: oh..xpelah dik,, nnt abg minta saudara-saudara abg je yang snap..

photog: sebelum tu..sy gtau dulu apa kelebihan kami, dengan harga RM 2599 ni encik, kami ade sediakan outdoor photografi sebanyak 20 keping, kami jugak ade buat videografi..full, dari awal akad dan persediaan majlis hing
galah tamat semuanya..pastu kami juga ade sediakan album untuk gambar mengikut pakej ni..tambahan pula, kami berpengalaman encik..

lelaki: xpelah dik, sy mampu utk pakai khidmat photographer mcm kamu ni..tp fikir2 balik..xperlu rasanya..

photog: kenapa encik?, kalau xnk..kami ada pakej lain yang lebih baik !

lelaki: dik, sy tau kamu photografer hebat, tapi tak hebat kalau sy dan bakal isteri saya nnt perlu tunjuk kemesraan kami secara public, di taman..di pantai lah.. pakej videografi tu pun cantik dik, tapi kalau smpai perlu awal persediaan majlis, maknanya hingga bilik bakal isteri sy lah kan? sedangkan sy x pernah lagi masuk bilik bakal isteri sy, bagaimana sy boleh terima lelaki lain masuk bilik dia?, dan sudah pasti aurat isteri saya pon awak tengok..lagi pon dik,...sudah pasti adik ni akan upload semua hasil kerja adik ni ke internet,..saya tidak mahu isteri saya nnt jadi tatapan orang ramai..isteri saya adalah hak saya..

      Berhati-hatilah dengan arus dunia sekarang, dah terlampau membolehkan hampir semua perkara yang batil. Tidak salah untuk bergambar, tapi cukuplah melibatkan saudara-saudara sahaja, tidak perlulah sampai berpakej-pakej. Mahukah saudara jika aurat si isteri menjadi tontonan umum? mahukah saudara jika kemanisan antara kamu suami isteri menjadi tatapan ramai?. Photographer paling hebat bagi saya adalah photographer landscape, kerana lebih menghargai dunia ciptaan Allah.



wallahua'lam..
olahan: Izudin Hassan
rujukan: syahirul.com




1 comments:

hidayahseman said...

http://www.hidayahseman.my/2013/01/saya-sudah-gunakan-domain-my-anda-bila.html