Tuesday, January 22, 2013

Produk Mahasiswa @ Agen Pencetus?

           Dunia universiti, satu dunia yang pastinya menimbulkan banyak memoir indah indah bagi lepasan-lepasannya. Ingin saya ketengahkan aspek apa dalam universiti hari ini, membina mahasiswa intelek ataupun mahasiswa yang saling tidak ubah seperti pelajar sekolah?. Kita lihat senario hari ini di MALAYSIA, celik mata, apa yang terkandung pada mahasiswa hari ini?. Sistem yang membina ataupun insaniah diri yang tidak mahu keluar dari kepompong?. Kita selalu sahaja dimomokkan bahawa sistem sekarang hanya mengeluarkan produk mahasiswa semata-mata, bukan agen perubah bangsa dan pada hakikatnya,  kenyataan ini adalah benar. Kenapa tidak?. Lihat sahajalah disekeliling anda sendiri, dimana tapak untuk
mahasiswa berdiri andai suara mereka hanya lantang didalam universiti sahaja, jarang sekali untuk mengetengahkan pelbagai pendapat dan buah fikiran dari mahasiswa yang dalam rata-rata hanya secebis yang cukup peka keadaan semasa. Kebanyakan mahasiswa lebih banyak menghabiskan masa pada perkara yang tidak pernah menjadi input kepada diri sendiri, dengan banyak menghabiskan masa, enjoy.




       Apabila disebutkan tentang produk universiti, adalah produk terbaik keluaran universiti, piawaiannya adalah gred yang dilabelkan pada setiap produk, dekan?, 1st degree? dan sebagainya. Inilah yang menjadi ukuran standard bagi setiap pelajar, namun bagaimana untuk mengukur pelajar yang celik dan peka keadaan semasa? dan rata-rata pelajar inilah sebenarnya yang menjadi agen perubah dan pencetus idea global bagi negara ini. Lihat sahaja apa yang terjadi pada Adam Adli dan juga Bawani, ya, kedua-duanya mempunyai cerita tersendiri akan tetapi satu matlamat yang sama iaitu memperjuangkan hak mahasiswa. Mungkin tindakan mereka dicemuh oleh sesetengah pihak, tapi mengaku sajalah, mereka adalah pencetus kepada idealisma perjuangan mahasiswa. Bagaimana untuk mengharungi satu dunia yang mana pihak yang berpihak kepada haluan kanan diterima, haluan kiri dinafikan?  Itu adalah sistem yang membina, apa pula usaha didalam universiti sendiri untuk melahirkan mahasiswa yang intelek?.

       Sedar atau tidak, tidak ramai dikalangan mahasiswa selesa untuk bercakap perihal politik, mereka lebih gemar membicarakan perihal ini sesama kumpulan fahaman mereka sahaja, andai terdapat perbezaan, bangkang!. Kenapa itu terjadi? ia adalah polemik disebabkan politik itu sendiri. Disinilah yang mengekang mahasiswa-mahasiswa ini untuk berada dalam sebuah meja bulat dan lebih suka meneguhkan hujah masing-masing. Malah, didalam kepimpinan tertinggi juga wujud ideologi perjuangan mengkikut haluan masing-masing dan walaupun cuba untuk menidakkan, pada hakikatnya ideologi mereka juga banyak dipengaruhi oleh politik sebenar Malaysia. Akhirnya apa yang dapat selalu diketengahkan diuniversiti?. Lebih senang untuk digambarkan, program 'membina cinta' dan program 'mengawal nafsu', program-program seumpana inilah yang akan menjadi sambutan dan lebih banyak menyentuh isu-isu hati dan perasaan, 'cinta vvip' dan seumpamanya. Walaupun terdapat juga program-program bercorak pembinaan sahsiah diri namun, tidak kena nisbahnya dengan program-program membina intelek mahasiswa. Apa beza dengan program di sekolah-sekolah yang rata-ratanya adalah program bercorak membina jati diri atau membina motivasi dan, jika diuniversiti juga lebih banyak program membina dari program untuk menyerlahkan diri, jadi apa yang membezakan kita dengan pelajar sekolah hanyalah pada sistem.

       Jika dilihat secara teliti, program-program 'pengawalan nafsu' ini lebih banyak diadakan dan sekarang solah-olah menjadi satu 'comman' berbanding sesuatu program yang akan membawa mahasiswa ini ke satu level yang lain. Dan jika ada, hanya sekumpulan kecil yang turut serta, dimana silapnya?. Tidak pernah ada silapnya kecuali apa dalam diri individu itu sendiri, tentang apa mereka perjuangkan.

"Mahasiswa tanpa mengira bangsa apa yang berpolitik secara bodoh macam mana sekali pun. adalah jauh lebih baik daripada mahasiswa yang hidup seperti binatang ternak pada memikirkan makan, minum, kuliah, rehat, dan kahwin. sikap peduli kepada kezaliman dan salah laku pentadbiran perlu untuk melakar sempadan hidup iman" -ustaz hasrizal@saifulislam.com-

     Mahasiswa perlu celik politik, kenapa? Kerana, mahu tidak mahu, politik jugalah akan menghalakan diri kita ke arah. Mungkin rata-rata lebih suka menetapkan minda bahawa politik ini kotor dan sebagainya, tetapi tidak mahukah kita menjadi agen 'pembersihnya'?. Kenapa perlu menunggu sedangkan kita mempunyai peluang untuk mengubahnya?. Bersih, KLl12, itu semua juga melibatkan mahasiswa, lihatlah dari perspektif positif, kerana apa mereka sanggup beramai-ramai bersesak-sesak, menanggung risiko untuk ke sesuatu event seumpama ini? Hanya satu, mereka mahu suara mereka didengari. Tidak salah anda mengejar cita-cita anda untuk menjadi seorang ahli akademik kerana ia juga satu tujuan, tetapi janganlah memperkecilkan seseorang individu yang mempunyai perjuangan diri.

Wallahua'lam
olahan: Izudin Hasan

0 comments: