Friday, December 20, 2013

Individu Bernama 'Bangla'


          Satu isu yang agak common untuk dibincangkan, namun terdapat beberapa aspek dan perihal yang ingin saya cungkil melibatkan rakyat Malaysia sendiri terhadap bangsa ini. Iaitu hasad benci kepada manusia bernama Bangla. Perkara yang menjadi sedikit merosakkan kita disini adalah saifat kebencian itu yang membuak-buak menyebabkan nilai Islam yang mementingkan hormat kepada orang lain terutamanya kepada umat Islam sendiri 'dihalalkan' semata-mata sifat benci dan mementingkan diri atas faktor politik.

       Jumlah warga asing di Malaysia juga kian meningkat saban hari. Dalam masa yang sama ini menunjukkan kedudukan Malaysia yang penuh dengan peluang pekerjaan, namun satu perkara yang mula menyebabkan manusia di Malaysia ini mula merendah-rendahkan dan menghina warga Bangladesh disebabkan mereka mula memenuhi segenap ruang kerja di Malaysia. Akui sahajalah, bandar Kuala Lumpur sememangkan kubu mereka. Tentang Bangladesh pula, saya petik sedikit info dari Wikipedia:
"Islam is the largest religion of Bangladesh, the Muslim population is approximately 148.6 million, which is the fourth largest Muslim population in the world (after Indonesia, Pakistan and India), constituting 90.4% of the total population as of 2010"
        Islam merupakan populasi terbesar di Bangladesh dan sebahagian besar umat Islam disana sememangnya berhijrah ke Malaysia. Hilangnya hormat sesama bangsa ini mula kelihatan menjelang PRU terutamanya pada PRU 13 yang lepas apabila individu bernama Bangla ini mula dijadikan tempat sebagai satu asbab 'undi beli'. Saya tidak akan menghuraikan soal benar atau tidak perkara tersebut, namun akal kebudak-budakan anda saya pasti masih boleh mengesahkan perkara ini, sejauh mana mereka tahu politik Malaysia?. Jika jawapan anda mengatakan "Ya, mereka sangat tahu situasi kita disini", saya yakin anda dikalangan orang bodoh. Kenapa perlu saya datang beribu kilometer jauh dari keluarga hanya semata-mata untuk 'membuang undi beli'?. Saya sendiri amat pasti, anda sedar bahawa ini kerja orang yang tidak bertanggungjawab, namun, kenapa perlu anda menghina individu yang bernama Bangla ini? lebih-lebih lagi mereka adalah saudara seislam kamu.

       Semua manusia sama sahaja disisi Allah, dibangkitkan tanpa membeza-bezakan siapa mereka, dan bangsa apakah mereka. Mahukan anda dihitung hanya disebabkan sifat menghina individu lain?.Jangan menghalalkan perkara yang batil, hormati hak saudara seislam anda. Tidak suka tidak bermakna boleh merendah-rendahkan orang lain seseuka hati, jika anda benar-benar yakin dengan apa yang diperjuangkan, berjuanglah dengan bijak. Sekali lagi saya tegaskan, penulisan ini hanya menyentuh beberapa perihal sahaja dan anda bebas untuk meletakkan asbab anda sendiri. Wallahua'lam..

Oleh:
Izudin Hasan





0 comments: