Friday, November 16, 2012

1#: Umat Islam kebelakang..



Kita tidak berbicara tentang tentang aspek sosial semata-mata, akan tetapi keadaan pentadbiran semasa yang memecahbelahkan umat Islam keseluruhan, saya tidak bercakap diatas pentas negara Malaysia semata-mata, tapi secara keseluruhan. Apa yang membimbangkan adalah Islam menjadi 'modal' utama sebagai 'bahan penarik', langsung tidak salah dan amatlah dituntut kepada sesiapa yang mampu membawanya. Namun, menjadi masalah adalah bagaimana mereka ini mengolah pelaksanaannya?, adakah menunggu untuk menang pilihanraya ataupun bersama-sama dengan pihak lawan membinanya bersama.

Perang individu antara ahli politik juga amat pelik di Malaysia, (tidak pasti di luar negara mcm mn), mereka ini lebih suka menyerang personaliti masing-masing berbanding menggembeleng idea meningkatkan ekonomi, tidak cukup dengan itu, buat fitnah sebar, akhirnya 'terkantoi' tidak bersalah. Berbeza dengan situasi politik di negara Barat, mereka lebih menyerang akan kekurangan dalam kemahiran mentadbir, mereka lebih mempersoal tentang ekonomi mereka dan sebagainya. Pendapat saya pula, tidak salah untuk mempersoal tentang personaliti, selari dengan satu petikan dari Surah Al-Kahfi ayat 28;     
“Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran”.
Personaliti ini merujuk kepada  mereka yang tidak terdiri daripada orang-orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta tidak bertindak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah. Sebaliknya mereka hendaklah terdiri dari orang-orang yang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh. Saya tidak akan mengolah panjang kerana itu bukanlah kelayakan saya, tapi Itulah personaliti yang harus dicari, pemimpin membawa moral seperti ini akan mempengaruhi setiap atur kerja mereka lakukan. Namun adakah kalian mampu melihat perkara seumpama ini?, ya dan tidak semua.

Tidak salah untuk bebeza pendapat, namun jika melibatkan kesucian Islam itu sendiri dimana tanggungjawab dan amanah setiap pemimpin yang mengaku sebagai Islam. Tidak perlu terus besar kepala menegakkan pendapat sendiri sedangkan pilihan untuk bertolak ansur itu masih ada..


wallahua'lam...

0 comments: